Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

193) USAHA MENARIK PELABURAN SKALA BESAR KE SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha-usaha jangka pendek dan jangka panjang Kerajaan Negeri bagi menarik pelabur-pelabur asing dan tempatan berskala besar melabur di Selangor?

    Antara usaha – usaha jangka pendek dan jangka panjang yang dilakukan bagi menarik pelabur – pelabur asing dan tempatan berskala besar untuk melabur di Selangor adalah seperti berikut;-

    1.      Pengurusan

    • Menyediakan pelan perancangan strategik sektor
    • Memperkukuhkan peranan agensi penggalakkan pelaburan seperti Invest Selangor bagi membantu sebagai pemudahcara pelaburan kepada para
    • Memperkasakan Unit Pelaburan di setiap Pihak Berkuasa Tempatan bagi membantu pihak pelabur diperingkat Pihak Berkuasa
    • Memastikan Mesyuarat Industrial Park Management Committee (IPMC) diadakan sekerap mungkin di setiap Pihak Berkuasa Tempatan bagi menyelesaikan isu-isu pengurusan dan penyelenggaraan kawasan-kawasan
    • Menyediakan kawasan perindustrian yang kondusif dengan membenarkan Pihak Berkuasa Tempatan menggunakan peruntukkan MARRIS bagi menyelenggara jalan kawasan – kawasan perindustrian yang sedia
    • Menggalakkan pembukaan kawasan-kawasan perindustrian baru dengan penglibatan anak syarikat Kerajaan Negeri dan pemaju swasta yang berkonsepkan Managed Industrial Park dengan konsep Gated and
    • Membantu pihak industri menyelesaikan isu – isu pelaburan yang berbangkit melalui Mesyuarat Penyelarasan Projek yang diadakan setiap bulan dan dipengerusikan oleh YB
    • Invest Selangor Talent initiative – menjalinkan kerjasama strategik bersama institusi pendidikan bagi membantu para pelabur mendapatkan sumber tenaga kerja mengikut kemahiran yang diperlukan.
    • Invest Selangor Advisory Network – menjalinkan kerjasama strategik dengan penyedia perkhidmatan profesional bagi memberikan perkhidmatan kepada
    • Mewujudkan Selangor Aerospace Council dan Selangor Bio-Tech Council bagi merangka strategi dan hala tuju industri aero angkasa dan bio teknologi di Selangor

    2.      Networking

    • Meningkatkan usaha promosi di luar Negara seperti program lawatan pengalakkan pelaburan. Setiap tahun, Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor akan merangka program lawatan ke luar Negara sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun ke Negara yang
    • Meningkatkan jaringan networking dengan kedutaan-kedutaan asing di Malaysia, Dewan-Dewan Perniagaan Asing dalam dan luar Negara melalui program kunjungan hormat yang diadakan dari masa ke semasa serta pertemuan-pertemuan yang turut melibatkan Y.A.B. Dato’ Menteri Besar, EXCO dan Invest Selangor Berhad.
    • Penyertaan wakil Kerajaan Negeri dalam misi penggalakkan pelaburan dan perdagangan anjuran MITI / MIDA
    • Mewujudkan jaringan kerjasama strategik dengan syarikat milikan asing yang ada di Selangor bagi memperkenalkan negeri Selangor kepada pelabur-pelabur di Negara

    3.      Promosi

    • Mempromosikan peluang-peluang pelaburan melalui pengiklanan dalam media cetak atau elektronik dalam dan luar
    • Penyertaan dalam pameran yang bertaraf
    • Penganjuran Selangor International Expo yang dijadulkan pada 20
    • – 22 Oktober 2016 bertempat di MINES International Exhibition & Convention Centre (MIECC), Seri Kembangan, Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.