Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

60) USAHA MENINGKATKAN BUDAYA DAN TEKNOLOGI HIJAU MASYARAKAT UMUM

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah usaha yang telah dan akan dilakukan oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2020 bagi meningkatkan budaya dan teknologi hijau di kalangan masyarakat umum (RA/RT) bagi pembangunan mampan bersifat hijau?

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi tahun 2020 Kerajaan Negeri dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah melaksanakan pelbagai usaha bagi meningkatkan budaya dalam kalangan masyarakat umum bagi memastikan pembangunan yang mampan dan bersifat hijau. Berikut adalah antara usaha yang telah dan akan dilakukan pada tahun 2020:

    1. Melaksanakan program kesedaran amalan hijau bersama masyarakat setempat secara berkala serta penerapan elemen kejiranan hijau di dalam syarat kelulusan kebenaran merancang;
    2. Mengenakan syarat-syarat pembangunan untuk meningkatkan budaya dan teknologi hijau seperti penggunaan Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) dalam projek perumahan dan menggalakkan penggunaan lampu jalan mengunakan sistem solar;
    3. Pelaksanaan Dasar Teknologi Hijau dan Pembangunan Mampan di peringkat Kebangsaan dan Negeri;
    4. Melaksanakan program-program kesedaran berkaitan dengan pembangunan mampan bersifat hijau bagi meningkatkan budaya dan teknologi hijau di kalangan masyarakat;
    5. Mengadakan sesi townhall bersama stakeholder berkenaan Smart & Low Carbon City; dan
    6. Menggalakkan masyarakat membuat aktiviti kebun bandar atau kebun komuniti di kawasan-kawasan yang terbiar serta amalan kitar semula.

Lampiran

Tiada Lampiran.