Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

97) USAHA MENINGKATKAN MENINGKATKAN SEKTOR PERTANIAN, PENTERNAKAN DAN PERIKANAN

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha-usaha yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk meningkatkan sektor pertanian, penternakan dan perikanan di DUN Sg. Pelek?

    1. Antara projek pertanian yang dilaksanakan di Dun Sg. Pelik adalah Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan Ulu Chucuh di mana TKPM ini berkeluasan 100 ha dengan jumlah peserta seramai 22 orang. TKPM ini mengeluarkan hasil tanaman umbisi dan sayuran di mana pengeluaran hasil pada tahun 2012 adalah 1448 metrik tan dengan nilai RM2.17 juta.
    2. Aktiviti pertanian lain pula adalah projek pemulihan dan penanaman semula dusun buah-buahan seperti durian, longan dan kelapa dengan keluasan 60 ha, dan peserta seramai 50 orang di sekitar kawasan Bagan Lalang, Pekan Sg. Pelek dan Kg. Labu Lanjut. Projek tanaman pitaya turut diusahakan di dun ini melibatkan keluasan 40 ha dengan 30 peserta.
    3. Bagi industri hiliran berasaskan pertanian, terdapat 3 kumpulan pengembangan wanita (KPW) dan 53 orang pengusaha industri asas tani dibimbing untuk meningkatkan pendapatan dan taraf hidup melalui perusahaan kerepek, makanan ringan, kraf dan bakeri

Lampiran

Tiada Lampiran.