Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

216) USAHA MENINGKATKAN PENCAPAIAN PENGUMPULAN MINYAK MASAK TERPAKAI SELURUH SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah masih ada PBT yang masih belum melaksanakan program pengumpulan minyak masak terpakai pada 2014?

    Terdapat 5 buat PBT yang masih belum melaksanakan Program pengumpulan Minyak Masak Terpakai pada tahun 2014 iaitu Majlis Perbandaran Kajang, Majlis Daerah Kuala Selangor, Majlis Daerah Kuala Langat, Majlis Daerah Hulu Selangor dan Majlis Daerah Sabak Bernam.

    LAMPIRAN

    LAPORAN PROGRAM DAN KEMPEN PENGUMPULAN MINYAK MASAK TERPAKAI YANG DILAKSANAKAN OLEH PBT.

    MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM

    Pihak Majlis Bandaraya Shah Alam telah menjalankan pelbagai usaha kearah menggalakkan dan meningkatkan pencapaian perlaksanaan program kitar semula minyak masak terpakai ini seperti berikut :

    • Pelancaran Kempen Kitar Semula Minyak Masak Terpakai di Kawasan Zon Bersih Tahun 2013.
    • Pelancaran Kempen Kitar Semula Minyak Masak Terpakai Peringkat MBSA Tahun 2013.
    • Majlis Menandatangani MOU Antara pihak MBSA dan Syarikat Kris Biofuels Sdn Bhd untuk program usahasama kitar semula minyak masak terpakai kepada biodiesel.
    • Seminar Pengurusan Minyak Masak Terpakai
    • Program kutipan minyak masak terpakai secara usahasama dengan pihak Politeknik Shah Alam dan MPP Zon 16.
    • Kempen Kitar Semula Minyak Masak Terpakai Sempena Sukan Rakyat MPP & MBSA Tahun 2013.
    • Karnival Kesihatan anjuran MPP Zon 8.
    • Pameran dan Kempen Pengurangan Penghasilan Sisa yang dianjurkan oleh Syarikat Canon Opto (Malaysia) Sdn. Bhd.
    • Penempatan tong bagi pengumpulan minyak masak terpakai di setiap pusat kitar semula MBSA.
    • Edaran tong pengumpulan minyak masak terpakai kepada pengusaha premis-premis makanan di dalam kawasan pentadbiran MBSA.
    • Menjalankan kerja-kerja kutipan minyak masak terpakai secara berjadual di semua premis makanan di dalam kawasan pentadbiran MBSA yang terlibat dengan program kitar semula minyak masak terpakai.
    • Edaran tong pengumpulan minyak masak terpakai kepada industri makanan yang membuat permohonan kepada MBSA.
    • Melibatkan pihak Majlis Perwakilan Penduduk di dalam mewar-warkan program kitar semula minyak masak terpakai kepada penduduk.
    • Mengadakan seminar pengurusan minyak masak terpakai yang melibatkan penduduk, pengusaha premis makanan dan agensi kerajaan.
    • Mengadakan ceramah di peringkat penduduk dan pelajar sekolah berkaitan kesan negatif penggunaan minyak masak terpakai terhadap kesihatan manusia.
    • Melibatkan premis-premis makanan di dalam kawasan Majlis untuk menyertai program kitar semula minyak masak terpakai kepada bio-diesel.

    Tujuan program-program tersebut dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan kepada penduduk tentang kesan negatif penggunaan minyak masak terpakai ke atas kesihatan manusia. Di samping itu, melalui program tersebut penduduk turut didedahkan dengan cara pengurusan minyak masak terpakai supaya ia tidak mencemarkan alam sekitar. Bagi memudahkan dan menggalakkan penduduk di dalam menyertai program kitar semula minyak masak terpakai, Majlis telah menempatkan tong pengumpulan minyak masak terpakai di pusat kitar semula milik MBSA. Selain itu, perkhidmatan kutipan terus dari premis kediaman dan komersial turut diberikan bagi memudahkan orang awam.

    MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA

    MPAJ akan lebih menggiatkan lagi dan meneruskan usaha pengumpulan minyak masak terpakai ke premis-premis kediaman selain melaksanakannya di premis-premis makanan. Sebagai bukti sokongan, kempen ini juga akan dimulakan dari dalam bangunan Majlis sendiri di mana kakitangan Majlis sendiri akan sama-sama berusaha mengumpulkan minyak masak terpakai ini dari kediaman masing-masing dan hari pelancaran pengumpulannya akan diadakan dalam bulan April akan datang. MPAJ berhasrat memperluaskan kempen ini kepada penduduk kawasan Majlis melalui JKP masing-masing.

    MAJLIS PERBANDARAN SEPANG

    MPSP Menjalankan dan meningkatkan aktiviti promosi dan kempen kesedaran kesihatan dan alam sekitar mengenai kepentingan dan kebaikan mengamalkan program Kitar Semula Minyak Masak Terpakai (KISMAT) secara menyeluruh yang melibatkan pengusaha premis makanan (Restoran / Kedai Makan / Gerai Makanan & Minuman ), pengusaha kantin sekolah dan dewan makan asrama, penjaja makanan pasar malam dan bazar Ramadhan, Pengusaha Industri Kecil Sederhana (IKS) berasaskan makanan dan kediaman penduduk khususnya di kawasan perumahan.

Lampiran

Tiada Lampiran.