Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

88) USAHA MENINGKATKAN PENGELUARAN MAKANAN TEMPATAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Krisis makanan yang dihadapi dunia sekarang ini turut membelenggu negara ini. Kerajaan Negeri melalui anak syarikat, Perbandaran Kemajuan Pertanian Selangor ("PKPS") sejak dahulu lagi telah menjalankan projek-projek pertanian secara komersial sebagaimana yang digariskan melalui lima misi dan visi perbadanantersebut. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk meningkatkan lagi usaha yang dijalankan oleh PKPS agar dapat membantu negara menghadapi krisis makanan yang dihadapi oleh dunia sekarang ini?

    Kerajaan Negeri telah merangka beberapa rancangan untuk meningkatkan lagi usaha PKPS dalam membantu negara menghadapi krisis makanan. Langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut:-

    1. Menjadikan sektor perladangan, sektor pemprosesan dan pengeluaran
      makanan serta sektor penternakan sebagai sektor teras dalam aktiviti
      perniagaan PKPS.

      a) Sektor Perladangan
      Sektor ini dijadikan sebagai penjana utama dalam meningkatkan
      produktiviti dan pendapatan PKPS. Di antara langkah-Iangkah
      yang telah diambil ialah melantik agen pelawat bagi mengkaji dan
      memperbaiki amalan perladangan baik, meningkatkan penggunaan baja yang bersesuaian, memperbaiki infrastruktur ladang serta menambah bilangan tenaga kerja bagi menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan yang mampu meningkatkan hasil keluaran ladang.

      b) Sektor Pemprosesan dan Pengeluaran Makanan

      Meningkatkan pengeluaran dalam industri hiliran bidang pertanian
      seperti pemprosesan keli salai, salad buah-buahan dan produk herba tempatan dengan menyediakan kilang bertaraf GMP, ISO dan HACCP serta pemilikan mesin dan peralatan pemprosesan yang berkapasiti besar. Kemudahan pemprosesan ini bukan sahaja untuk kegunaan PKPS malah juga untuk kegunaan orang ramai.

      c) Sektor Penternaka ndan Akuakultur

      Mempergiatkan aktiviti pengeluaran ikan tilapia dan benih ikan air
      tawar melalui penggunaan teknologi baru yang mampu meningkat
      kapasiti pengeluaran. Selain daripada itu, melatih usahawan-usahawan
      dalam bidang ternakan ikan air tawar, melaksanakan program pengeluaran lembu dan kambing secara fidlot serta melaksanakan program perladangan kontrak ikan keli bagi mendapatkan bekalan yang konsisten bagi penggunaan kilang.

    2. Menggalakkan pelaburan asing untuk mengadakan usaha sama dengan
      PKPS dalam sektor pertanian di Negeri Selangor.
    3. Memperkemas dan memperkukuhkan sumber-sumber dalaman PKPS,
      seperti modal kerja dan tenaga kerja, bagi melaksanakan aktiviti yang
      dirancang supaya berjalan lancar dan seterusnya meningkatkan
      produktiviti pengeluaran.
    4. Menempatkan pegawai yang berkemahiran dalam bidang pertanian di
      dalam Jemaah Ahli PKPS dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah anak-anak
      syarikat PKPS bagi membimbing Kumpulan PKPS dalam melaksanakan projek-projek pertanian dengan lebih berkesan.

Lampiran

Tiada Lampiran.