Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

14) USAHA MENINGKATKAN TAHAP PENGUASAAN ILMU NEGERI SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah usaha-usaha jangka pendek dan jangka panjang Kerajaan bagi meningkatkan tahap penguasaan ilmu masyarakat Selangor memandangkan kajian badan antarabangsa tahun 2013 mendapati Malaysia menduduki tangga ke 43 tahap masyarakat berilmu?

    Usaha-usaha jangka pendek yang telah dilaksanakan bagi meningkatkan tahap penguasaan ilmu masyarakat Selangor antaranya ialah :

    • melaksanakan program merakyatkan ilmu seperti Hari Ilmu dan Program Jejak Ilmuan Negeri Selangor;
    • melaksanakan program-program pemantapan kualiti guru di Negeri Selangor, seperti Kursus Keguruan;
    • melaksanakan program pemantapan pendidikan di pelbagai peringkat seperti seminar keibubapaan, pemantapan pendidikan awal kanak-kanak, pemantapan Bahasa Malaysia kepada pelajar SJKT dan sebagainya;
    • menganjurkan Pesta Buku Selangor secara tahunan dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor; dan
    • melaksanakan program galakan budaya membaca seperti Let’s Read Together dan 15 Minutes Reading Break

    Usaha jangka panjang yang telah dilaksanakan bagi meningkatkan tahap penguasaan ilmu masyarakat Selangor antaranya ialah :

    • meningkatkan tahap infrastruktur sekolah-sekolah di Negeri Selangor agar lebih kondusif; dan
    • melaksanakan penjenamaan semula perpustakaan di Negeri Selangor dengan menaiktaraf kemudahan perpustakaan awam di seluruh Negeri Selangor di pelbagai peringkat;

     

Lampiran

Tiada Lampiran.