Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

15) USAHA MENYOKONG SUKAN PERMOTORAN

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha Kerajaan Negeri Selangor dalam membantu dan menyokong penggiat sukan permotoran selain drpada menyediakan litar lumba?

    Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Selangor sentiasa menyokong sukan permotoran. Cadangan pembinaan Litar Lumba Sungai Tua adalah salah satu daripada beberapa cadangan untuk menyokong sukan motor. MSNS bersama Asia Road Racing sedang mengkaji untuk melaksanakan Cub Prix dalam bandar di Selangor yang pastinya dapat menarik lebih ramai lagi peminat sukan motor ini yang sedang giat membangun di Lembah Klang dan kebanyakan pelumba yang telah dan sedang menempa nama di peringkat antarabangsa adalah berasal dari Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.