Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

65) USAHA PENCEGAHAN DENGGI

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan kes-kes denggi mengikut DUN dari September 2019 sehingga kini.

    Untuk makluman, Kementerian Kesihatan Malaysia menggunakan sistem e denggi yang diselaras di kesemua negeri dalam Malaysia. Tiada maklumat kes denggi dibuat pengasingan mengikut DUN dalam sistem berkenaan. Walau bagaimanapun berikut adalah data umum kes denggi di Selangor:

    Jumlah kes denggi dari September 2019 sehingga 29 Februari 2020 ialah:  22, 078 kes

    Jumlah Kes Denggi Selangor Tahun 2019: 72, 543 kes

    Jumlah Kes Denggi 1Januari 2020  hingga 29 Februari 2020  : 16,212 kes

Lampiran

Tiada Lampiran.