Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

267) USAHA PENYEDIAAN TAPAK SEKOLAH MENENGAH TELOK GONG

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mewartakan sebahagian tanah di Kampung Telok Gong sebagai tapak sekolah menengah sebagai salah satu inisiatif memastikan sekolah menengah akan dibina di kawasan tersebut?

    Proses Pewartaan sesuatu tapak dilaksanakan adalah berdasarkan kepada Rancangan Tempatan yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.  Walau bagaimanapun permohonan   tapak yang melibatkan sekolah akan diselaraskan oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) melalui permohonan secara Pemberimilikan Tanah.

    Sehingga kini, Pentadbir Tanah Klang belum menerima permohonan Pemberimilikan Tanah bagi Tapak Sekolah Menengah Telok Gong daripada PTP.

Lampiran

Tiada Lampiran.