Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

117) USAHA UNTUK GOLONGAN OKU

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah usaha terkini Kerajaan Negeri untuk mengintegrasikan golongan OKU dalam masyarakat?

    Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) merupakan satu strategi kerajaan di dalam pembangunan komuniti untuk rehabilitasi, penyamaan peluang dan integrasi sosial Orang Kurang Upaya (OKU). Ianya merupakan satu program pengintegrasian OKU ke dalam masyarakat di samping menjalani pemulihan dan latihan asas dari segi pergerakan, pertuturan, pendidikan khas dan kemahiran dalam aktiviti kehidupan harian. Seramai 2,415 daripada 81,137 (0.03%) OKU di Negeri Selangor sedang mengikuti program di 56 buah PDK di Negeri Selangor.

     

    Bagi memastikan penglibatan masyarakat dalam bersama-sama membantu program pemulihan OKU, satu jawatankuasa yang terdiri daripada ahli komuniti setempat, ibu bapa dan petugas serta agensi-agensi yang berkaitan berganding bahu dalam memastikan OKU dapat merasai peluang yang sama dalam meneruskan kehidupan mereka.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.