Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

6) USAHA UNTUK MENAIK TARAF PASAR SEKSYEN 6 SHAH ALAM

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah usaha MBSA untuk menaik taraf Pasar Moden Seksyen 6 Shah Alam?

    1. Pasar Moden Seksyen 6 telah di baik pulih oleh pihak Majlis Bandaraya Shah Alam pada tahun 2006 dengan perbelanjaan sebanyak RM850,000.00. Walau bagaimanapun, memandangkan aktiviti penggunaan pasar tersebut yang terlalu padat maka pihak Majlis telah mengambil inisiatif untuk menaik taraf Pasar Moden Seksyen 6 ini pada tahun

     

    Majlis Bandaraya Shah Alam telah pun menyediakan spesifikasi kontrak dan bercadang untuk mengiklankan kerja-kerja menaik taraf pasar ini pada bulan Disember 2014. Kerja-kerja menaik taraf yang dicadangkan adalah seperti berikut :-

     

    • Kerja-kerja menaik taraf bumbung
    • Kerja-kerja naik taraf tandas
    • Kerja-kerja mengecat
    • Kerja-kerja pembaikan sistem aliran air hujan
    • Kerja-kerja penukaran papan tanda
    • Kerja-kerja pembaikan sistem kumbahan
    • Kerja-kerja menaik taraf kawasan parkir
    • Kerja-kerja menaik taraf pagar
    • Kerja-kerja pembaikan sistem bekalan air

Lampiran

Tiada Lampiran.