Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

251) USAHASAMA MBI DENGAN PEMAJU SWASTA

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Difahamkan bahawa MBI telah mengenalpasti tanah kerajaan seluas 5000 ekar di Lembah Klang untuk projek usahasama (JV) dengan pemaju-pemaju yang berprestij dengan jangkaan GDV berjumlah RM60 bilion. Apakah jaminan MBI bahawa JV ini akan memberi pulangan yang lebih besar?

    Jika dibanding dengan jualan terus, dalam model usahasama, MBI mempunyai hak kepada peratusan jualan projek. Dengan ini, MBI menikmati manfaat tambah nilai dari pemaju-pemaju yang berprestij, misalnya “branding” and pengalaman. Di dalam masa yang sama, MBI akan menjalankan inisiatif transformasi di mana peranan MBI di dalam sesuatu pelaburan adalah berbentuk aktif dan strategik.

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.