Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

110) USAHAWAN

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah bidang usahawan yang diutamakan oleh kerajaan untuk tujuan bantuan?

    Sejak tahun 2005, satu definisi seragam yang diluluskan oleh Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (MPPK) telah diguna pakai oleh semua Kementerian dan Agensi, Institusi Kewangan dan Pengawal Selia yang terlibat dalam program pembangunan PKS. Berdasarkan kepada bahagian dan keterangan Piawaian Klasifikasi Industri Malaysia 2008 terdapat 5 bidang (klasifikasi) iaitu Pembuatan, Perkhidmatan, Pertanian Asas, Pembinaan, dan Perlombongan dan Pengkuarian. Daripada 5 bidang (klasifikasi) tersebut Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan Negeri Selangor memberi keutamaan kepada 3 bidang sahaja iaitu Pembuatan, Perkhidmatan dan Pembinaan manakala baki 2 lagi bidang dikawal selia oleh Jawatankuasa Tetap yang lain iaitu Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani untuk bidang (klasifikasi) Pertanian Asas dan Jawatankuasa Tetap Pembangunan Tanah dan Pembangunan Sumber Alam untuk bidang (klasifikasi) Perlombongan dan Pengkuarian.

Lampiran

Tiada Lampiran.