Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

130) USAHAWAN

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah bentuk bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu usahawan-usahawan di Negeri Selangor?

    Kerajaan Negeri Selangor sangat komited dalam membantu usahawan- usahawan di Negeri Selangor dan bantuan yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri adalah terbuka kepada semua Usahawan di Negeri Selangor mengikut pecahan kategori mikro, kecil dan sederhana.

    Di antara bantuan-bantuan yang telah diberikan di dalam membantu usahawan-usahawan adalah seperti berikut:-

    1. Bantuan promosi produk dan perusahaan / perniagaan usahawan Selangor ke peringkat Negeri, Kebangsaan dan Antarabangsa melalui penyertaan-penyertaan di pameran –pameran dan ekspo seperti MIHAS, HALFEST, MAHA, PIHEC, Selangor Agrofest dan lain-lain lagi;
    2. Bantuan mesin, peralatan dan kelengkapan seperti Dana Usahawan Mikro Selangor (dahulunya dikenali sebagai Dana Industri Kampung);
    3. Bantuan peningkatan persembahan produk melalui Program Peningkatan Pembungkusan Produk;
    4. Bantuan meningkatkan pendapatan menggunakan kaedah / trend pemasaran terkini seperti Bengkel Peningkatan Pendapatan / Jualan melalui Facebook Marketing (Simplified Facebook Marketing);
    5. Bantuan meningkatkan semangat keusahawanan di dalam diri usahawan seperti Bengkel Mangkin Keusahawanan Diri;
    6. Bantuan merancang perniagaan seperti menyediakan Bengkel Penulisan Kertas Kerja Perniagaan;
    7. Bantuan memudahcara usahawan untuk terlibat dengan perniagaan antarabangsa seperti Seminar Memborong di China dan
    8. Penganjuran dan penyertaan karnival-karnival dan temasya seperti Karnival Mega Sale, Karnival Vintage dan Kebudayaan Selangor dan Temasya Selangor #15 yang memberi fokus kepada usahawan belia secara “on-line”;
    9. Bantuan pinjaman mikrokredit seperti Skim Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) dan Skim Mikrokredit Selangor (SKIMSEL);
    10. Bantuan latihan, sokongan dan bimbingan berterusan;dan
    11. Lain-lain.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.