Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

10) USAHAWAN BELIA

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah program terkini untuk melibatkan golongan belia menjadi usahawan?

    Kerajaan Negeri Selangor sangat komited dalam membantu usahawan- usahawan di Negeri Selangor. Usahawan di Negeri Selangor tidak dikategorikan mengikut umur sebaliknya dikategorikan mengikut klasifikasi perusahaan mikro, kecil dan sederhana dan terbuka kepada semua termasuk usahawan

    Usahawan belia lebih cenderung menjalankan perniagaan secara atas talian (on-line) dan Kerajaan Negeri Selangor telah menjalinkan kerjasama dan menyertai serta menganjurkan karnival-karnival jualan atau karnival keusahawanan yang berasaskan produk / jualan atas talian (on-line) yang disertai dan dihadiri oleh golongan belia seperti:-

    • Karnival Mega Sale 2014;
    • Pesta “Vintage” dan Kebudayaan Selangor
    • Fashion Steet” Temasya Selangor 15; dan
    • Garage” Bazaar

     

    Selain perniagaan atas talian (on-line), Kerajaan Negeri Selangor juga turut menganjurkan Program Kontraktor Binaan Muda Negeri Selangor (KoBinas). Dijangka program KoBinas yang telah berlangsung pada 12 hingga 16 Januari 2015 yang lalu akan ditawarkan / dilaksanakan lagi berikutan permintaan yang tinggi. Kerajaan Negeri Selangor akan turut menganjurkan Selangor Mega Food Festival 15 dan Selangor Ramadhan Fest 15 di sepanjang bulan Jun 2015 ini. Fokus untuk Selangor Mega “Food Festival” 15 dan Selangor Ramadhan “Fest” 15 ini adalah menyediakan dan memberi platform pemasaran kepada usahawan-usawahan belia atas talian (on-line) disamping memperkenalkan produk-produk mereka di pasaran fizikal yang selama ini mungkin hanya dikenali secara atas talian (on-line) di media-media sosial seperti Instagram dan Facebook.

Lampiran

Tiada Lampiran.