Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

253) USAHAWAN BELIA DAN WANITA

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah peratusan peserta yang berjaya menjadi usahawan Belia dan Wanita melalui program-program ditawarkan oleh Kerajaan Selangor?

    Kerajaan Negeri Selangor di bawah Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan telah menyediakan Bantuan Dana Usahawan Mikro Selangor kepada usahawan di negeri ini. Setiap permohonan layak menerima bantuan sehingga RM30,000.00 tertakluk kepada terma dan syarat. Sebelum ini had permohonan hanya sehingga RM10,000.00 sahaja tetapi bermula tahun 2015 ia dinaikkan kepada RM30,000.00. Permohonan bantuan ini dibuat secara terbuka kepada usahawan yang berminat dan berkelayakan. Namun begitu, Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan dalam perancangan untuk menjalankan kajian impak mengenai keberkesanan program ini dengan kerjasama Institut Darul Ehsan. Melalui kajian ini demografik terperinci mengenai pemohon akan diperolehi. Walau bagaimanapun, berhubung penerima Bantuan Dana Usahawan Mikro mengikut daerah bagi tahun 2008-2016 adalah seperti jadual di bawah:

    Manakala usahawan belia di bawah HIJRAH Selangor adalah seramai 10,957 orang. Daripada jumlah tersebut, seramai 4,818 adalah belia lelaki dan seramai 6,139 adalah belia wanita.

Lampiran

Tiada Lampiran.