Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

6) USAHAWAN BELIA DAN WANITA

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk membangunkan usahawan belia dan wanita?

    Pada masa ini Kerajaan Negeri memfokuskan kepada Pembangunan Usahawan Negeri Selangor secara holistik walaupun tiada pengkhususan kategori. Namun ia adalah signifikan untuk diterokai.
    Kerajaan Negeri telah melaksanakan Kajian Impak ke atas beberapa insentif di bawah Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) di mana didapati penglibatan usahawan belia dan wanita adalah wajar untuk diberi fokus pada masa akan datang. Kajian ini merangkumi insentif Dana Usahawan Mikro Selangor, Blueprint dan HIJRAH Selangor.
    Hasil dapatan Kajian Impak tersebut dapat dinyatakan seperti berikut:
    Bil
    Bantuan
    Bil. Penerima
    Mengikut Julat Umur
    Total
    21-30
    31-40
    1
    Dana Usahawan Mikro
    28
    75
    103
    2
    Blueprint
    46
    235
    281
    3
    HIJRAH Selangor
    120
    260
    380
    * Penerima berdasarkan sampling kajian.
    Manakala peratus penerima manfaat bagi golongan wanita adalah seperti berikut :
    Bil
    Bantuan
    Total
    1
    Dana Usahawan Mikro
    151
    2
    Blueprint
    281
    3
    HIJRAH Selangor
    652
    Untuk makluman, antara program yang akan memberi fokus kepada pembangunan usahawan belia adalah Jelajah Usahawan Selangor di mana Kerajaan Negeri akan menetapkan tema Usahawan Belia di salah satu daerah yang akan dikenalpasti kelak. Antara Intipati program yang akan diadakan adlah sesi dialog bersama usahawan muda, pendedahan kepada usahawan yang celik teknologi khususnya pada masa ini elemen Industri 4.0 wajar diketengahkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.