Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

120) USAHAWAN BUMIPUTERA

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan dengan terperinci jumlah usahawan Bumiputera yang berdaftar di Negeri Selangor mengikut bidangnya?

    Jumlah keseluruhan usahawan yang telah dibantu di bawah Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan Negeri Selangor dan agensi-agensi, anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor dan jabatan-jabatan berkaitan seperti MiMBAR, SKIMSEL, Bahagian Pembangunan Usahawan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Unit-unit Industri Asas Tani dan Industri Asas Ternakan Jabatan Pertanian Negeri Selangor dan Pejabat Pertanian Daerah, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor dan Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah dan Jabatan Perikanan Negeri dan Pejabat Perikanan Daerah adalah seramai 10,797 orang. Senarai usahawan yang telah di bantu adalah seperti di Lampiran

Lampiran

Tiada Lampiran.