USAHAWAN INDUSTRI ASAS TANI

21) USAHAWAN INDUSTRI ASAS TANI

Tahun:

Sesi:

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan dan kejayaan Program Pembangunan Usahawan Industri Asas Tani setakat ini?

    Perkembangan dan kejayaan Program Pembangunan Usahawan Industri Asas Tani Jabatan Pertanian Negeri Selangor diukur berdasarkan kepada purata pendapatan per bulan per usahawan yang dibimbing disamping peningkatan bilangan usahawan yang dilahirkan.

    Sasaran Jabatan adalah untuk memastikan purata pendapatan bersih per bulan per usahawan mencapai RM4,000. Purata pendapatan usahawan bimbingan Jabatan Pertanian Negeri Selangor dari tahun 2011 hingga 2014 adalah seperti berikut:

    Tahun Bilangan usahawan Purata pendapatan bersih per usahawan per bulan
    2011 518 RM10,814
    2012 720 RM9,029
    2013 772 RM6,217

Lampiran

Tiada Lampiran.