Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

160) USAHAWAN KECIL DAN SEDERHANA

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah program baharu untuk usahawan kecil dan sederhana di Selangor?

    Antara program baharu untuk IKS yang menjadi tumpuan Kerajaan Negeri pada masa kini adalah pemerkasaan industri halal melalui latihan bagi Eksekutif Halal. Program  ini bertujuan untuk melatih dan melahirkan Eksekutif Halal yang berpengetahuan tinggi berkenaan industri halal.  Setiap kursus yang dikendalikan menggunakan modul-modul yang diselaraskan oleh Halal Professional Board (HPB) dan akan dipantau selia oleh Bahagian Hab Halal, JAKIM.

    Pada ketika ini, jumlah perniagaan di negeri Selangor yang mempunyai pengiktirafan halal adalah yang tertinggi di antara semua negeri di Malaysia.  Jumlah ini dijangka akan terus meningkat setiap tahun pada kadar yang amat tinggi memandangkan lokasi negeri Selangor yang strategik sebagai pusat perniagaan.  Walau bagaimanapun, dengan jumlah perniagaan yang amat tinggi ini telah mengakibatkan pemantuan berkala terhadap status halal perniagaan tersebut sedikit terbatas dan tidak dapat dijalankan secara efektif dan berkesan atas faktorfaktor yang tidak dapat dielakkan.

    Oleh yang demikian, cadangan Program Latihan Eksekutif Halal ini adalah bertujuan untuk menyokong dan membantu kerja-kerja pemantauan status halal oleh agensi-agensi yang berkenaan seperti Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan juga Kementerian Kesihatan (KKM).  Ini sekaligus memastikan setiap premis di

    negeri Selangor sentiasa mematuhi setiap peraturan dan undang-undang yang dikuatkuasakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.