Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

13) USAHAWAN KECIL NEGERI SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri memperkenalkan kursus untuk usahawan kecil? Mohon senaraikan nama kursus dan bilangan penyertaan.

    Setiap tahun Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan ada menyediakan pelbagai jenis kursus untuk usahawan. Tawaran kursus ini adalah terbuka kepada semua usahawan di Negeri Selangor. Setiap sesi kursus akan di tawarkan kepada 50-100 usahawan sahaja. Tawaran tempat adalah terhad mengikut kesesuaian usahawan dan jenis kursus yang ditawarkan dan bagi memastikan keberkesanan impak kursus kepada peserta. Berikut merupakan jenis kursus yang ditawarkan kepada usahawan bagi tahun 2019:

     

     

    Bil

     

    Nama kursus/seminar

     

    Peserta

     

    Catatan

    1. Bengkel Facebook Beginner & Teknik Asas

    Fotografi – Smartphone Untuk Pemasaran

    50 orang Telah

    laksana

    2. Seminar Peningkatan Jualan Melalui Online

    “Revolusi Perniagaan Internet”

    50 orang Telah

    laksana

    3. Bengkel Advance Smartphone Photo And

    Videography Editing

    50 orang Telah

    laksana

    4. Kursus Advance Facebook Marketing

    Targeting Strategies

    50 orang Telah laksana
     

    5.

    Kursus (Insken)- Melonjakkan Jualan

    Dengan Pengesahan Pasaran Yang Berkesan – Product And Market Validation

    30 orang Telah laksana

     

     

    Bil

     

    Nama kursus/seminar

     

    Peserta

     

    Catatan

     

    6.

    Kursus Pengurusan Perniagaan Dan

    Kewangan Kepada Peniaga Kecil & Sederhana

    60 orang Telah laksana
    7. Taklimat Elakkan Disenaraihitam  

    80 orang

    Telah laksana
    8. Perundangan Syarikat Kepada Peniaga Kecil Dan Sederhana 60 orang Belum laksana
     

    9.

    Kursus Strategi Pemasaran “Business Model Canvas (Bmc)” 2019  

    100 orang

    Belum laksana
     

    10.

    Bengkel Mangkin Keusahawanan Diri (MKD)  

    100 orang

    Belum laksana
     

    11.

    Kursus Women In Business Leadership (Roses) Bersama We Initiative  

    50 orang

    Belum laksana

Lampiran

Tiada Lampiran.