Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

50) USAHAWAN MUDA

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah perbelanjaan bagi membantu usahawan muda di Selangor pada tahun 2016

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatakuasa Tetap Pembangunan Usahawan telah merancang insentif- insentif dan program-program yang boleh melonjakkan pembangunan usahawan-usahawan mikro. Sehingga kini, sebanyak RM2.6 juta telah dibelanjakan  bagi tujuan bantuan Dana Usahawan Mikro Selangor (DUMS), latihan keusahawanan dan mempromosikan produk-produk usahawan melalui penganjuran karnival usahawan serta penglibatan di dalam ekspo tempatan dan bertaraf antarabangsa.  Bilangan usahawan muda yang terlibat adalah seperti berikut:

    Bilangan Usahawan Muda

    Bil Perkara Jumlah Usahawan
    1. Dana Usahawan Mikro 95
    2. Latihan keusahawanan 200
    3. Karnival /ekspo /pameran tempatan dan bertaraf antarabangsa 800
      Jumlah 1,095

Lampiran

Tiada Lampiran.