Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

153) USAHAWAN TANI

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor menyediakan rancangan untuk membantu usahawan tani muda untuk meningkatkan hasil produk pengeluaran dan pendapatan mereka?

    Kerajaan Negeri amat prihatin dan mengambil berat terhadap semua golongan dan lapisan masyarakat yang terlibat di dalam sektor pertanian khususnya kepada golongan generasi muda atau usahawan tani muda.

    Sehubungan dengan itu juga, satu program khas telah dirangka untuk dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun akan datang khusus bagi membantu golongan muda atau usahawan tani muda dan secara keseluruhannya meliputi golongan petani, penternak, usahawan akuakultur dan Industri Asas Tani (IAT). Program tersebut yang dikenali sebagai Program Pembangunan Agropreneur akan merangkumi penyediaan insentif dalam bentuk peralatan dan input pertanian, pembukaan kawasan pertanian yang baharu serta program kursus dan seminar bagi menyampaikan dan melatih agropreneur baharu agar menjadi lebih berdaya saing dan berpengetahuan. Melalui program tersebut juga, penumpuan akan diberikan kepada pengeluaran hasil yang tinggi untuk kawasan berkeluasan kecil (high value crop) dan berkonsepkan pertanian moden.

Lampiran

Tiada Lampiran.