USIA KERAJAAN PAKATAN RAKYAT NEGERI SELANGOR 3 TAHUN

59) USIA KERAJAAN PAKATAN RAKYAT NEGERI SELANGOR 3 TAHUN

Tahun:

Sesi:

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Pada bulan Mac 2011 usia Kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Selangor tiga tahun. Sejauh manakah kejayaan Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor dalam tempoh 3 tahun ini?

    1. Pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor selama tiga tahun ini telah banyak memberi faedah kepada Negeri Selangor amnya dan rakyat Negeri Selangor khasnya. Antara faedah yang diperolehi adalah melalui program-program yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat seperti Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang telah mula diperkenalkan dan dilaksanakan pada Mac 2008. Ia telah dilaksanakan secara berperingkat. Sehingga kini fasa pertama dan kedua program MES sudah dilaksanakan dengan jayanya. Kerajaan Negeri telah mengambil pelbagai langkah dalam merealisasikan program ini melalui program-program yang telah berjaya dilaksanakan iaitu:

     

    1. Program Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) yang merupakan salah  satu program yang mendapat sambutan menggalakkan daripada rakyat negeri Selangor. Program ini adalah bertujuan untuk memberi manfaat kepada semua Anak Selangor dengan perlindungan insurans sehingga berusia 18 tahun. Pada usia 18 tahun, semua anak Selangor ini berpeluang menerima RM1,500 seorang hasil caruman di dalam pelaburan ini. Sehingga Februari 2011, seramai 23,229 orang anak kelahiran negeri Selangor yang menepati syarat berjaya diluluskan untuk Program Tabung Warisan Anak

     

    1. Program Bekalan Air Percuma Bagi 20 Meter Padu pula membolehkan rakyat negeri Selangor yang mempunyai meter individu terus menikmati bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu. Kerajaan negeri berusaha meneruskan program air percuma ini kerana ia ternyata membantu mengurangi beban kewangan rakyat dalam perbelanjaan utiliti yang semakin meningkat. Sehingga Februari 2011 sebanyak RM360 juta sudah dibelanjakan untuk dinikmati oleh rakyat

     

     

     

     

    • Dalam program Hadiah Anak Masuk Universiti, Kerajaan Negeri memberikan wang tunai RM1,000 kepada anak Selangor yang mendapat tempat di Institusi Pengajian Tinggi, tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan. Sehingga Februari 2011, seramai 18,673 orang pelajar telah menerima hadiah RM1,000 setiap orang bagi menampung keperluan semasa mendaftar belajar di Institusi Pengajian

     

    1. Program Skim Mesra Usia Emas dilancarkan bagi membantu  mengurangi  beban kewangan waris warga emas di Negeri Selangor untuk memastikan agar setiap warga emas dan orang kurang upaya (OKU) diberi penghargaan dan penghormatan yang terbaik dan berpatutan. Sehingga Februari 2011, seramai 36,959 orang waris telah menerima faedah

     

    1. Bagi pelaksanaan program MES seterusnya, Kerajaan Negeri menubuhkan syarikat Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) bagi melaksanakan Program Peningkatan Hasil Daripada Bahan Batuan dan Mineral. Sehingga Disember 2010, royalti yang berjaya dikutip oleh KSSB adalah sebanyak RM23.4

     

    1. Program Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang diwujudkan bertujuan memberi bantuan kewangan kepada anak-anak pekerja ladang untuk menyambung pelajaran dalam kursus kemahiran teknikal di INPENS. Sehingga Februari 2011, seramai 5287 orang anak pekerja ladang telah menerima faedah bagi program

     

    • Bagi Program Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC), sebanyak 6 buah Pusat Khidmat Krisis Sehenti diwujudkan di Selangor, iaitu di  Hospital  Ampang, Hospital Selayang, Hospital Serdang, Hospital Sungai Buloh, Hospital Klang dan Hospital Kajang. Program ini diwujudkan untuk membantu golongan wanita dan kanak-kanak bagi kes-kes seperti rogol, liwat, keganasan rumah tangga dan lain- lain kes jenayah. Pusat ini bertindak sebagai first respondent/point  of  contract bagi kes-kes yang dinyatakan di

     

Lampiran

Tiada Lampiran.