Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

131) VAKSINASI ORANG ASLI

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Orang Asli

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Statistik vaksinasi dalam kalangan Orang Asli mengikut daerah di Negeri Selangor dan apakah langkah meningkatkan kadar tersebut?

    Statistik pemberian vaksin di kalangan Orang Asli di Selangor pada 2018 adalah seperti berikut:

     

    Daerah Anggaran

    Kelahiran Hidup

    BCG DTaP/IPV/Hib

    Dos 3

    MMR

    9 Bulan

    Hep B

    Dos 3

    Bil % Bil % Bil % Bil %
    Petaling 29 25 100 25 86 24 83 33 114
    Hulu Langat 66 63 100 76 115 72 109 70 106
    Gombak 85 68 100 71 84 69 81 66 78

     

    Klang 12 13 100 14 108 1 8.3 6 50
    Kuala Langat 107 105 100 110 103 99 93 95 89
    Hulu Selangor 106 99 100 110 104 119 112 102 96
    Sepang 40 45 100 59 148 59 148 56 140
    Selangor 419 418 100 443 106 443 106 428 102

     

     

     

    Daerah Anggaran Kanak-Kanak Berumur 1-2 Tahun MMR 12 Bulan
    Bil %
    Petaling 30 36 120
    Hulu Langat 67 64 96
    Gombak 82 77 94
    Klang 12 11 92
    Kuala Langat 108 97 90
    Hulu Selangor 138 100 72
    Sepang 54 76 141
    Selangor 455 461 101

     

    Langkah-langkah untuk meningkatkan kadar pemberian vaksinasi di kalangan orang asli adalah seperti berikut:

     

    • Meningkatkan perkhidmatan pemberian imunisasi kepada Orang Asli melalui perkhidmatan pasukan bergerak Orang Asli kepada perkampungan Orang Asli yang jauh dari klinik  mengikut jadual yang ditetapkan.

     

    • Pemberian imunisasi dipantau melalui pelaksanaan personalise care di mana anggota jururawat kesihatan yang sama akan menjaga satu kawasan operasi. Pelaksanaan sistem ini akan membantu dalam mengukuhkan pemberian imunisasi di mana sebarang kes cicir akan dijalankan pengesanan kes cicir secara lawatan rumah oleh anggota jururawat yang menjaga kawasan tersebut.

     

    • Meningkatkan pengesanan kes cicir immunisasi. Pihak Jabatan Kesihatan Negeri dengan kerjasama anggota di Pejabat Kesihatan Daerah juga telah melakukan lawatan rumah ke rumah di kawasan komuniti Orang Asli di negeri Selangor di antara bulan Disember  2018  hingga Mac  2019 bagi mengesan kanak-kanak orang Asli yang cicir imunisasi dan memberikan imunisasi kepada mereka yang cicir imunisasi.

     

    ·         Bagi mempertingkatkan pemahaman tentang kepentingan imunisasi, pelbagai pendidikan dan promosi kesihatan berkenaan kepentingan imunisasi telah dilakukan secara berterusan di fasiliti kesihatan, radio dan juga televisyen serta memperkukuhkan kerjasama dengan pihak JAKOA daerah, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), ketua kampung serta Tok Batin bagi mengukuhkan perkhidmatan pemberian imunisasi.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.