Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

214) Visit Selangor 2020

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Memandangkan situasi Covid-19 menjadi serius dan tidak stabil, apakah strategi kerajaan untuk menjalankan program Visit Selangor 2021?

    Penganjuran Visit Selangor 2021 atau Tahun Melawat Selangor 2021 yang telah dirancang, ditangguhkan untuk memberikan ruang terhadap isu pemulihan pendemik covid-19.

    Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor telah mengambil langkah proaktif menganjurkan kempen promosi pelancongan khusus bagi pasaran domestik iaitu, “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu” dan kempen bagi pasaran global iaitu, “Splendid Selangor, Take Me Anywhere”.

Lampiran

Tiada Lampiran.