Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

193) VOUCHER PERAYAAN

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kenapakah Voucher Perayaan kerap diterima pada saat-saat yang akhir setiba hari perayaan?

    Sepertimana yang kita maklum, kerajaan negeri amat prihatin untuk meringankan beban rakyat terutamanya golongan miskin dalam membuat persiapan menyambut perayaan masing – masing. Oleh sebab itu, kerajaan negeri telah memperkenalkan Program Bantuan Perayaan dimana kerajaan negeri memberi baucer bernilai RM 100.00 yang boleh dibelanjakan di pasaraya yang terpilih. Walaubagaimanapun, program ini memerlukan penyelarasan di antara pihak kerajaan negeri, pihak DUN dan pasaraya yang berkenaan dan ini secara tidak langsung mengambil masa dalam penyediaan baucer tersebut. Untuk makluman ahli – ahli Dewan Undangan Negeri sekalian, dalam memastikan kawalan baucer tersebut, pihak pasaraya akan mengeluarkan ‘Bar Code’ masing – masing. Ini juga  merupakan antara faktor  yang menyebabkan sedikit kelewatan dalam mengeluarkan baucer tersebut. Disamping itu, kerajaan negeri memberi sedikit kelonggaran tempoh sah baucer ini dilanjutkan bagi memberi peluang kepada penerima untuk memanfaatkan baucer tersebut. Namun begitu, kerajaan negeri mengambil maklum masalah yang dikemukakan oleh Y.B. dan pihak kerajaan negeri akan membuat penambahbaikan bagi melancarkan program tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.