Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

156) WABAK COVID-19

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah langkah Kerajaan Negeri Selangor untuk mengekang tersebarnya COVID-19 khususnya di peringkat Kerajaan Negeri Selangor?

    Antara langkah-langkah bagi mengekang tersebarnya COVID-19 khususnya di peringkat Negeri Selangor adalah seperti berikut;

    1. Menjalankan saringan kesihatan di semua pintu masuk seperti di Pelabuhan Klang, KLIA, KLIA2 dan LTSAS;
    2. Orang-orang yang bersimptom yang mematuhi definasi kes Person Under Investigataion(PUI) akan dirujuk ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan dan pengesahan kes;
    3. Memaklumkan kepada orang ramai mengenai tanda-tanda penyakit ini dan segera mendapatkan rawatan;
    4. Memberi maklumat cara pencegahan kepada orang awam dengan mempraktikkan  etika batuk yang betul semasa berada tempat-tempat awam; dan
    5. Selalu mencuci tangan dengan cecair sanitizer dan menjaga kebersihan persekitaran, berada 3 kaki dari orang yang tidak diketahui status kesihatan atau yang mempunyai gejala

Lampiran

Tiada Lampiran.