Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

208) WABAK DENGGI

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan statistik terkini kes denggi di Selangor?

    Jumlah kes yang terkumpul bagi tahun 2016 sehingga 23 Julai 2016 adalah sebanyak 34,212 di mana mencatatkan penurunan sebanyak 11% berbanding tahun 2015 iaitu 38,5244 kes bagi tempoh yang sama. Jumlah kematian pula mencatatkan penurunan sebanyak 43% iaitu hanya 51 kes berbanding 89 kes daripada bilangan kes kematian tahun 2015. Daerah Petaling, Hulu Langat, Klang dan Gombak mencatatkan bilangan kes tertinggi. Pecahan bilangan kes mengikut daerah adalah seperti Jadual

    DAERAH MINGGU

    EPID 29/2016

    KUMULATIF

    KES 2016

    KUMULUTIF

    KEMATIAN

    PETALING 435 14,4468 20
    HULU LANGAT 296 7,094 18
    KLANG 117 5,354 6
    GOMBAK 155 3,618 2
    SEPANG 53 1,235 1
    HULU SELANGOR 15 748 2
    DAERAH MINGGU

    EPID 29/2016

    KUMULATIF

    KES 2016

    KUMULUTIF

    KEMATIAN

    KUALA LANGAT 20 1,054 1
    KUALA SELANGOR 8 440 1
    SABAK BERNAM 2 201 0
    JUMLAH 1,101 34,212 51

    Jadual 2 : Statistik kes Demam Denggi sehingga 23 Julai 2016

Lampiran

Tiada Lampiran.