Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

135) WABAK DENGGI

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan secara terperinci dasar kerajaan untuk menghapuskan denggi di Negeri Selangor.

    Soalan berkaitan denggi akan dijawab bersekali termasuk soalan no 35 daripada Yang Berhormat Sungai Pelek, soalan 202 daripada Yang Berhormat Bukit Lanjan dan soalan 271 daripada Yang Berhormat Kuala Kubu Baru.

     

     

    1. Kerajaan Negeri Pada tahun 2019, Kerajaan Negeri akan menggunakan strategi baru dalam menghapus denggi dengan aktivi kawalan dan pencegahan seperti:

     

    1. Kawalan biologi menggunakan Nyamuk Aedes dengan Wolbachia. Wolbachia adalah sejenis mikroorganisme yang hidup secara semulajadi dalam organ-organ pembiakan serangga. Ia wujud dalam kira-kira 60 peratus serangga kecuali nyamuk Aedes Aegypti. Oleh kerana Wolbachia tidak terdapat dalam nyamuk Aedes Aegypti seperti kebanyakan serangga lain, maka suntikan akan dilakukan di dalam makmal sebelum ia dilepaskan ke lapangan. Setelah membiak dalam jangka masa yang tertentu, kebanyakan nyamuk Aedes Aegypti di dalam kawasan itu akan mengandungi Wolbachia dan tidak mempunyai virus denggi. Negara yang telah menjalankan kawalan rintis ini adalah seperti Indonesia, Singapura, Thailand, China, Brazil dan Australia. Kajian rintis di Malaysia telah dijalankan di 7 lokaliti Hotspot di Selangor dan menunjukkan kejayaan penurunan 50-80% kes di lokaliti tersebut. Kawalan biologi ini akan dikembangkan di lokaliti-lokaliti tumpuan lain terutama lokaliti Wabak Tak Terkawal dan

     

    1. Satu Program Selangor Bebas Aedes di Tempat Kerja dan Kuarters akan dilaksanakan bermula tahun ini. Agensi yang terlibat adalah semua agensi kerajaan samada persekutuan mahupun kerajaan negeri termasuk Agensi Berkaitan Kerajaan (GLC) dan anak syarikat di bawah kerajaan

     

    negeri. Program ini merupakan pemerkasaan anggota kerajaan dalam pengwujudan kawasan bebas Aedes di tempat kerja dan kuarters kerajaan. Ia akan dilancarkan pada bulan April ini dengan beberapa siri pendedahan dan latihan yang diadakan oleh Kerajaan Negeri. Di antara aktiviti utama yang akan dilaksanakan adalah;

     

    • Menjalankan alert kes dan wabak demam denggi oleh Pejabat Kesihatan Daerah kepada jabatan yang terlibat untuk tindakan kawalan dan pencegahan;
    • Menjalankan Pemusnahan Tempat Pembiakan Aedes di tempat kerja secara berkala;
    • Mewujudkan jaringan maklumat berkaitan situasi demam denggi di tempat kerja seperti melalui Whatsapp, Facebook dan lain-lain;
    • Mewujudkan kumpulan sukarelawan denggi menggunakan konsep Corporate Social Responsibility (CSR) di kalangan warga tempat kerja bagi membantu lokaliti wabak dan hotspot; dan
    • Menjalankan aktiviti penguatkuasaan di tempat kerja dan

     

    • Pihak Jabatan Kesihatan Negeri juga telah melancarkan beberapa siri kempen iaitu yang sedang dilaksanakan adalah Kempen Selangor Gempur Aedes Siri 2/2019 selama 6 minggu bermula dari 25.02.19 sehingga 7.04.19 (tempoh 6 minggu) dengan penumpuan aktiviti kepada :

     

    • Memperkukuhkan aktiviti Pemusnahan Tempat Pembiakan Aedes secara berfokus di lokaliti sporadik terpilih;
    • Memperkukuhkan One Stop Crisis Centre (OSCC) daerah bagi merancang dan menyelaras aktiviti kawalan denggi bersama agensi lain terutama pihak berkuasa tempatan bagi meningkat dan mengoptimakan semua sumber di daerah;
    • Mengoptima anggota di Pejabat Kesihatan Daerah melibatkan aktiviti Pemusnahan Tempat Pembiakan Aedes dan larvaciding terutama selepas waktu pejabat, cuti hujung minggu dan kelepasan am;
    • Meneruskan aktiviti penguatkuasaan di tempat tumpuan awam yang berisiko kepada punca jangkitan Aedes; dan
    • Menggalakkan semua lokaliti COMBI menjalankan aktiviti promosi kesihatan rumah ke rumah dan pemusnahan tempat pembiakan denggi pada setiap hujung minggu. Di samping itu juga menggalakkan mobilisasi ahli COMBI ke lokaliti Hotspot dan wabak tak

Lampiran

Tiada Lampiran.