Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

83) WABAK DENGGI DAN CHIKUNGUNYA

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk menangani masalah wabak Denggi dan Chikungunya yang semakin serius sejak akhir-akhir ini?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan telah dan akan terus mempertingkatkan usaha-usaha kawalan dan pencegahan denggi dan Chikungunya Diantara langkah yang telah dilaksanakan termasuklah pendidikan kesihatan berkala kepada masyarakat mengenai denggi. Melaksanakan aktiviti ”mencari dan memusnah” tempat pembiakan nyamuk dan aktiviti semburan kabus untuk setiap notifikasi denggi dan chikungunya yang diterima. Melaksanakan ”operasi basmi aedes” pada hujung minggu, dilokaliti wabak demam denggi atau chikungunya yang berpanjangan melebihi 14 hari. Mengerakkan penduduk untuk mengadakan gotong royong secara berkala memusnahkan tempat pembiakan nyamuk di rumah dan kawasan sekeliling.  Langkah jangka panjang termasuk mengwujudkan inisiatif komuniti seperti ”COMBI” dan ”Skuad Denggi” di lokaliti berwabak dimana penduduk tempatan menjalankan aktiviti ” mencari dan memusnah” tempat pembiakan nyamuk di dalam dan di persekitaran rumah masingmasing.

Lampiran

Tiada Lampiran.