Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

50) WABAK DENGGI DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Dalam tahun 2011, Negeri Selangor mencatatkan 1,004 kes wabak denggi sehingga Februari 2011. Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk menangani wabak ini?

    • Langkah-langkah menangani wabak denggi di Negeri Selangor termasuk:
      • Mewar-warkan mesej langkah- langkah pencegahan penyakit Denggi, secara berkala, melalui media massa, poster, banner, risalah dan ceramah kepada masyarakat umum terutamanya di kawasan yang berisiko tinggi untuk penyakit Denggi. Penekanan juga diberi kepada mesej ‘Kempen Pembersihan 10 Minit Seminggu’ yang harus dilaksanakan oleh semua penghuni rumah secara berterusan.
      • Melaksanakan aktiviti gotong-royong bersama Persatuan Penduduk dan Ahli Majlis Tempatan di kawasan- kawasan yang berisiko pembiakan nyamuk
      • Penubuhan Pasukan Combi di kawasan perumahan sebagai langkah jangka masa panjang untuk mengawal kejadian Denggi. Untuk  tahun  2010,  sejumlah 316 Pasukan Combi baru telah ditubuhkan di negeri
      • Bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan untuk memastikan sistem pelupusan sampah yang efektif terutamanya di lokaliti bermasalah
      • Pengaktifan Jawatankuasa Wabak Denggi Daerah, dipengerusikan oleh Pegawai Daerah, yang akan bermesyuarat setiap seminggu di semua daerah yang berwabak. Tujuan utama jawatankuasa ini adalah untuk menggerakkan pelbagai agensi daerah yang berkaitan untuk menyelesaikan faktor-faktor risiko yang menyumbang kepada kejadian wabak denggi di daerah berkenaan
      • Penguatkuasaan Kompaun minima RM 500 untuk semua premis yang dikenal pasti mempunyai tempat pembiakan nyamuk Aedes. Untuk tapak pembinaan, perintah berhenti kerja (‘Stop Work Order’) dilaksanakan kalau terdapat pembiakan nyamuk
      • Bekerjasama dengan agensi kerajaan, sekolah dan syarikat swasta untuk menubuhkan Skuad Anti-Denggi di tempat mereka untuk menghindarkan tempat pembiakan nyamuk Aedes di tempat kerja

     

Lampiran

Tiada Lampiran.