Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

158) WABAK PENYAKIT TANGAN KAKI DAN MULUT

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan langkah Kerajaan Negeri Selangor untuk menangani wabak penyakit tangan kaki dan mulut.

    Langkah-langkah yang telah dan sedang dilaksanakan sebagai  pencegahan

    dan kawalan adalah :

    • Memastikan pengusaha pusat jagaan kanak-kanak mengadakan saringan di pintu-pintu masuk (gate-keeping) bagi memastikan hanya kanak-kanak yang tiada tanda-tanda jangkitan HFMD dibenarkan memasuki premis;
    • Mempergiatkan usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai HFMD khususnya kepada ibubapa, pengusaha premis jagaan kanak-kanak dan guru-guru sekolah dari segi penjagaan kebersihan diri (personal hygiene) termasuk amalan mencuci tangan;
    • Penjagaan kebersihan persekitaran termasuk nyahkuman permukaan (lantai, tandas, meja dll);
    • Mempertingkatkan aktiviti pemantauan di semua sekolah (pra-sekolah) dan premis jagaan kanak-kanak (tadika/ taska /tabika);
    • Menjalankan siasatan segera ke atas kes-kes yang dilaporkan oleh orang awam termasuk aduan wabak; dan
    • Menjalankan mesyuarat Inter-Agensi yang dipengerusikan oleh Dato’ Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, bersama agensi-agensi lain seperti Jabatan Pelajaran Negeri Selangor, Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor, Taska  Selangor, PBT, Pejabat Kesihatan Daerah, Unit Perancang Ekonomi Negeri dan beberapa agensi lain (peringkat Negeri). Selain itu, di peringkat daerah juga turut dijalankan Townhall Meeting (THM) yang disertai oleh agensi-agensi berkaitan.

Lampiran

Tiada Lampiran.