Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

188) WABAK ZIKA

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk mencegah wabak Zika dari menular?

    Usaha JKNS/ KKM bagi mencegah wabak Zika dari menular:

    Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan Zika Alert Dan Arahan Pentadbiran terkini bertarikh 11 September 2016 bagi Pemantauan Dan Pengurusan Jangkitan Virus Zika kepada semua negeri. Justeru JKNS melaksana dasar dan usaha yang disyorkan termasuklah:

    • Mengambil tindakan kesiapsiagaan bagi membendung penularan virus Zika dengan menjalankan Survelen klinikal untuk Zika di beberapa klinik Kesihatan dan hospital di Selangor dan terlibat secara langsung dengan program Survelan Makmal oleh MKAK untuk virus Zika. Selain itu, terdapat Survelan “Microcephaly” dan “Gullain-Barré Syndrome” dilaksana oleh pihak KKM bagi memantau kejadian kes;
    • Mengambil tindakan pencegahan dan kawalan oleh Pejabat Kesihatan Daerah dan Jabatan Kesihatan Negeri seperti garis panduan kawalan denggi jika terdapat kes yang dilaporkan;
    • Kesiapsiagaan dan Respons Pintu Masuk Antarabangsa Negara di Pintu Masuk Utama Negara di negeri Selangor;
    1. Memanjangkan Zika Alert yang telah diumumkan oleh pihak KKM dan memaklumkan mengenai situasi virus Zika serta pelaksanaan pengurusan jangkitan virus Zika kepada fasiliti kesihatan kerajaan/swasta di Selangor;
    2. Memberi pendidikan kesihatan berterusan kepada masyarakat melalui pelbagai platform;
    3. Pihak KKM mengeluarkan Kenyataan Akhbar secara berkala dari masa ke semasa mengenai status Zika bagi Malaysia;
    • Oleh kerana, vektor pembawa Virus Zika juga adalah Aedes Aegypti, bagi aktiviti pencegahan dan kawalan penyakit Zika (jika ada kes yang disyaki Zika) masih mengguna pakai strategi bagi penyakit denggi iaitu:
    • Pelan Strategik Pencegahan dan Kawalan Denggi (2009-2013)
    • Hala Tuju Baru Untuk Kawalan Denggi 2014
    • Kes yang didaftarkan adalah kes yang telah disahkan dengan ujian makmal
    • Aktiviti source reduction ditingkatkan termasuk pemeriksaan premis
    • Aktiviti semburan ruang thermal (SRT) untuk kes positif.

    Fokus utama halatuju kawalan ini adalah mengurangkan risiko pembiakan nyamuk melalui aktiviti “source reduction” yang menjadi punca utama.

    • Pendekatan Ekosistem 2015

Lampiran

Tiada Lampiran.