Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

196) WANITA

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan Kerajaan Negeri dalam memberi manfaat atau bantuan kepada golongan wanita, terutamanya ibu tunggal?

    Kerajaan Negeri amat komited terhadap golongan wanita yang berada di Negeri Selangor terutamanya golongan Ibu-Ibu Tunggal. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri sentiasa mengambil langkah mengkaji dan memperbaiki program-program yang diperuntukkan terhadap golongan wanita. Antara program yang ditambah nilai adalah seperti berikut :-

    1. Program-program pemberdayaan wanita Selangor melalui Pusat Wanita Berdaya (PWB) dengan kerjasama pelbagai jabatan, agensi dan persatuan NGO di seluruh Selangor;
    2. Skim Mikrokredit Luar Bandar (SkimSel)

    Program ini akan memberikan tumpuan penuh terhadap golongan wanita di mana sebahagian besar penerima Skim adalah terdiri daripada golongan wanita dan terdapat juga Ibu Tunggal.

    1. Skim Mikrokredit Bandar (MIMBAR)

    Program ini memberi tumpuan terhadap golongan wanita khasnya Ibu Tunggal di bandar yang ingin memulakan perniagaan.

    1. Dana Usahawan

    Kerajaan Negeri menyediakan bantuan dana kepada para Usahawan khasnya Ibu Tunggal dalam bentuk peralatan dan sokongan untuk memajukan lagi industri perniagaan. Insentif ini diberikan sebagai galakan kepada para usahawan untuk terus maju dan memperoleh pendapatan yang lebih lumayan.

    1. Blue Print Kemiskinan

    Insenti Kerajaan masih diteruskan dalam usaha membangunkan rakyat Selangor dari dibelenggu kemiskinan. Justeru itu, Kerajaan Negeri menyediakan Program Blue Print Kemiskinan bagi membantu warga Selangor khususnya golongan wanita dan Ibu Tunggal yang masih lagi berada di bawah paras kemiskinan. Program Blue Print Kemiskinan ini memberi bantuan berbentuk peralatan bagi pemohon memulakan perniagaan atau memulakan aktiviti meningkatkan pendapatan isi rumah.

Lampiran

Tiada Lampiran.