Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

67) WANITA

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan kerajaan bagi mengoptimumkan tenaga kerja wanita di bandar dan luar bandar tanpa membawa mereka keluar jauh dari keluarga dan tempat tinggal mereka sendiri, dan pada masa yang sama tidak menafikan hak dan tanggungjawab mereka dalam bidang pekerjaan?

    Kerajaan Negeri telah menubuhkan skim-skim kepada golongan wanita agar golongan ini tidak bekerja jauh dari keluarga seperti Skim Mikrokredit Luar Bandar (SkimSel), Skim Mikrokredit Bandar (MIMBAR), Skim Mikrokredit Wanita Ladang (WALA) dan program-program pemberdayaan seperti Laman Dapur dan PET-SOHO-S. Skim seperti ini dapat mengoptimumkan tenaga kerja wanita di bandar dan luar bandar tanpa membawa mereka keluar jauh dari keluarga dan tempat tinggal mereka sendiri.

Lampiran

Tiada Lampiran.