Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

271) WANITA BERDAYA SAING

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah jawatan pengurusan di dalam Kerajaan Negeri dan agensi Kerajaan Negeri yang disandang oleh wanita?

    Kerajaan Negeri secara aktif melibatkan dan mengiktiraf golongan wanita sebagai pembuat keputusan, antaranya dengan melantik mereka ini (wanita) sebagai Ketua Jabatan di peringkat pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor. Berdasarkan rekod perjawatan tahun semasa sehingga 13 Mac 2017, terdapat 13 orang atau 22.03% Ketua Jabatan di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor terdiri daripada golongan wanita. Butiran lanjut jumlah Ketua Jabatan Wanita di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor adalah sepertimana dalam LAMPIRAN.

    (Sumber jawapan dari Bahagian Sumber Manusia (BPSM) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.)

    Manakala sumber dari Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) menyatakan bahawa peratusan pencapaian kedudukan kepimpinan wanita di dalam perjawatan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) dan kumpulan anak- anak syarikatnya adalah sebanyak kira-kira 8% peratus bagi kakitangan wanita kategori pengurusan dan ke atas.

Lampiran

Tiada Lampiran.