Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

128) WANITA DAN GLOBAL

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan kerajaan negeri untuk memartabatkan kaum wanita ke arah globalisasi?

    Globalisasi merupakan satu proses integrasi antarabangsa dalam segenap bidang ekonomi, industri, pasaran, budaya dan pembuatan keputusan. Cabaran kaum wanita ke arah globalisasi adalah diakui memerlukan usaha dan komitmen yang tinggi dalam mengangkat martabat wanita ke tahap yang sewajarnya.

     

    Tidak dinafikan, globalisasi memberi kesan terhadap kesaksamaan gender dan kaum wanita terutama dalam aspek ekonomi, dengan situasi pasaran kerja yang mendiskriminasi kaum wanita.

     

    Oleh itu, di peringkat Kerajaan Negeri kita menyedari hal ini dan merancang program serta kempen – kempen advokasi kepada kaum wanita agar lebih bersedia untuk menghadapi cabaran – cabaran yang mendatang ke arah globalisasi agar peranan wanita akan terus kekal relevan dan menjadi faktor kestabilan serta kelestarian sesebuah negara.

     

    Kempen – kempen kesedaran dan advokasi seperti kefahaman gender, hak-hak dan perundangan wanita, deklarasi – deklarasi antarabangsa (CEDAW, Deklarasi Beijing) bagi mencapai kesaksamaan gender untuk mendepani cabaran globalisasi.

Lampiran

Tiada Lampiran.