Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

247) WANITA DAN PEKERJAAN

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peluang pekerjaan yang telah disediakan oleh kerajaan negeri kepada golongan wanita?

    Berdasarkan keperluan semasa organisasi, Kerajaan Negeri mewujud dan menawarkan peluang pekerjaan tanpa mengira jantina melalui kaedah lantikan tetap dan kontrak seperti berikut :

    1. Bagi jawatan tetap, pelantikan dilaksanakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (SPANS), bagi jawatan-jawatan kumpulan pelaksana dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA), bagi pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) dan kesemua yang dilantik ditempatkan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan jabatan – jabatan Kerajaan Negeri. Manakala urusan pelantikan semua jawatan kontrak di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan Jabatan-jabatan Kerajaan Negeri dilaksanakan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
    2. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Badan Berkanun Negeri (BBN) juga mempunyai kuasa melantik sendiri bagi jawatan tetap dan jawatan kontrak di agensi masing-masing.

    Statistik peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun Negeri adalah seperti berikut :

    Jabatan Jawatan Tetap Jawatan Kontrak
    Jabatan / Agensi Negeri 6,767 728
    Pejabat Daerah / Tanah 1,488 58
    Pihak Berkuasa Tempatan 8,099 2,329
    Badan Berkanun 1,213 99
    Jumlah 17,567 3,214

Lampiran

Tiada Lampiran.