Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

92) WANITA

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah keberkesanan kepada peserta Seminar Keseimbangan Hidup Berkerjaya yang dianjurkan oleh Institut Wanita Berdaya?

    Kerajaan Negeri mengiktiraf peranan wanita sebagai tunjang kepada pembangunan negara. Oleh itu, Institut Wanita Berdaya (IWB) telah diwujudkan sebagai sebuah badan pemikir bagi menyediakan dasar-dasar yang membantu mengukuhkan peranan wanita dalam peringkat pembuatan keputusan serta memberdayakan wanita di Negeri

    Seminar Keseimbangan Hidup Bekerjaya “Work-Life Balance” anjuran IWB pada 8 Februari yang telah diadakan di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Raja Tun Uda, Shah Alam telah dihadiri oleh 100 orang peserta dalam kalangan kakitangan awam Jabatan Kerajaan Negeri, Badan Berkanun, Anak Syarikat dan NGO, individu dan akademia. Seminar ini mengupas perkongsian pelaksanaan Dasar Keseimbangan Hidup Bekerjaya oleh syarikat-syarikat swasta yang telah melaksanakannya. Antara syarikat yang dijemput adalah CIMB Group, Price Water Cooper (PWC) Malaysia dan TalentCorp.

    Terdapat empat (4) objektif seminar iaitu :-

    • untuk mengenalpasti hubungan di antara keseimbangan hidup bekerjaya dan kepuasan bekerja;
    • untuk mengetahui sama ada polisi mesra keluarga merupakan faktor utama yang menyumbang kepada keseimbangan hidup bekerjaya dan prestasi pekerja;
    • untuk memberikan cadangan tentang kenapa dan bagaimana syarikat atau organisasi boleh menggunakan polisi keseimbangan hidup bekerjaya; dan
    • untuk mendapatkan maklum balas dari pelbagai pihak dan pekerja dalam memastikan dasar yang akan digubal dan dilaksanakan bertepatan dengan keperluan pekerja khususnya pekerja

    Keberkesanan seminar ini diperolehi melalui maklumbalas dan sambutan daripada para peserta yang amat menggalakkan dari setiap sesi yang dijalankan. Ia juga merupakan salah satu alat dalam mengumpul maklumat serta cadangan berkaitan bagi mencapai objektif seperti yang digariskan.

    (Sumber : Institut Wanita Berdaya (IWB).

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.