Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

99) Warga Tua Tidak Ada Sumber Kewangan Selepas Bersara

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membantu golongan ini yang tidak layak untuk bantuan kebajikan masyarakat?

    Sebagai makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor (JKMNS) telah menyediakan bantuan dibawah Skim Bantuan Kewangan Persekutuan iaitu Bantuan Orang Tua (BOT) yang diberikan kepada golongan warga emas yang memenuhi syarat kelayak yang telah ditetapkan.

    Bantuan BOT ini diberikan dengan nilai RM350.00 sebulan seorang sebagai saraan hidup kepada warga emas yang memerlukan bantuan supaya terus tinggal dalam komuniti berdasarkan Paras Garis Kemiskinan (PGK) Kerajaan Persekutuan yang telah ditetapkan iaitu RM960.00 dengan syarat kelayakan seperti berikut:-

    1. Berumur 60 tahun ke atas;
    2. Tiada sumber pendapatan untuk menyara hidup; dan
    3. Tiada keluarga atau mempunyai keluarga yang tidak berkemampuan untuk memberi sumbangan.

    Bagi golongan warga emas yang tidak layak menerima BOT, warga emas berkenaan bolah dipertimbangkan untuk menerima Bantuan Am yang disediakan melalui Skim Bantuan Kewangan Negeri dengan nilai kadar RM350.00 atau RM300.00 atau RM250.00 sebulan seorang mengikut keadaan dan kelayakan semasa warga emas berkenaan. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri Selangor turut menyediakan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) kepada golongan warga emas dengan mendaftar di Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) yang memberi manfaat kepada mereka melalui pemberian baucer membeli belah sebanyak RM100.00 yang boleh digunakan di pasaraya-pasaraya terpilih di kawasan mereka mengikut bulan kelahiran ahli SMUE berkenaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.