Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

224) WARGATUA TIDAK ADA SUMBER KEWANGAN SELEPAS BERSARA

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membantu golongan ini yang tidak layak untuk bantuan kebajikan masyarakat?

    Jabatan Kebajikan Masyarakat melalui Kerajaan Persekutuan ada menyalurkan Bantuan Kewangan Skim Bantuan Orang Tua. Bilangan penerima Bantuan Orang Tua (BOT) Negeri Selangor sehingga Februari 2020 adalah sebanyak 10,755 orang penerima dengan jumlah peruntukan sebanyak RM 3,764,250.00  yang telah disalurkan kepada penerima bantuan yang layak sebagai bantuan saraan hidup kepada mereka supaya terus tinggal dalam komuniti. Kadar pemberian bantuan di bawah skim BOT ini adalah sebanyak RM 350.00 sebulan.

     

    Syarat pemberian bantuan BOT ini adalah seperti berikut:

     

    1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia
    2. Warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas
    3. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
    4. Warga Emas yang bukan tinggal di:
    5. Institusi kendalian JKM atau
    6. Pusat jagaan harian/berkediaman yang memberi kemudahan/perkhidmatan secara percuma.

     

    Sekiranya pesara-pesara tidak layak untuk skim Bantuan Orang Tua, antara perkhidmatan yang diberikan oleh pihak Jabatan adalah perkhidmatan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) yang disediakan bagi membantu warga emas.

     

    Konsep PAWE adalah seperti berikut:

    1. Program sokongan sosial/ pengintegrasian warga emas bersama dengan ahli keluarga dan masyarakat setempat;
    2. Penglibatan peringkat komuniti setempat;
    • Pendampingan sosial dan pembangunan warga emas; dan
    1. Interaktif dan intergenerasi

     

    Program-program di PAWE dibentuk berdasarkan Dasar Warga Emas Negara (DWEN) yang merupakan amalan penuaan berjaya (successful ageing) dan seterusnya akan mensejahterakan warga emas apabila warga emas menikmati keseimbangan dalam dimensi tersebut. Terdapat lima (5) dimensi program PAWE iaitu:

     

    1. Penuaan Sihat – Program-program kesihatan dan pecegahan kesihatan seperti ceramah kesihatan, pemeriksaan fizikal, pergigian, terapi pemulihan dan sebagainya.
    2. Penuaan Positif – Program-program berbentuk kerohanian dan pembelajaran sepanjang hayat seperti kelas mengaji Al Quran dan muqaddam, fardu ain serta program pembelajaran yang lain.
    3. Penuaan Aktif – Program-program sosial seperti kelas  tarian, nyanyian, bermain alat muzik dan program sukan senaMas, Tai Chi, yoga, refleksilogi dan sebagainya.
    4. Penuaan Produktif – Program-program pemerkasaan ekonomi seperti 1 PAWE 1 Produk, penghasilan kraftangan, makanan sejuk beku dan kerja-kerja sukarela yang dilaksanakan oleh warga emas.
    5. Penuaan Menyokong – Program-program kesedaran, khidmat kaunseling, aktiviti sukarelawan dan khidmat masyarakat kepada warga emas.

     

    Terdapat 16 buah PAWE telah ditubuhkan di Negeri Selangor sehingga akhir tahun 2019 dengan jumlah keahlian seramai 1,632 orang (tidak temasuk 8 buah PAWE yang baru beroperasi pada Februari 2020). Senarai PAWE di Selangor adalah seperti di LAMPIRAN.

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.