Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

202) WASTE TO ENERGY

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status pelaksanaan kerja-kerja pembangunan sistem dan rawatan sisa pepejal menyeluruh menggunakan sistem waste to energy di Jeram Kuala Selangor?

    Seperti umum sedia maklum, Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor Darul Ehsan Ke 16/2016 yang diadakan pada 11 Mei 2016 yang telah disahkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor Darul Ehsan Ke 17/2016 pada 18 Mei 2016 telah menimbang dan bersetuju anak syarikat Kerajaan Negeri iaitu Worldwide Holdings Berhad (WHB) menerajui usaha untuk membangunkan dan melaksanakan Integrated Solid Waste Management Centre (ISWMC) bersebelahan Tapak Pelupusan Sanitari Jeram, Kuala Selangor yang mana ianya adalah satu sistem pelupusan dan rawatan sisa pepejal yang menyeluruh merangkumi fasiliti atau kemudahan Loji Waste To Energy (WTE). Pada masa ini, pelaksanaannya masih lagi di dalam kerja-kerja pra-pembangunan yang kebanyakannya telah pun selesai. Kerja-kerja berkenaan termasuklah Project Feasibility Study, Power System Study (PSS), Conceptual Design serta pelantikan penasihat teknikal. Untuk kerja-kerja pra-pembangunan yang lain seperti Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA), perolehan tanah untuk pelaksanaan projek dan perjanjian konsesi antara Kerajaan Negeri dengan WHB telah berada di peringkat akhir.

Lampiran

Tiada Lampiran.