Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

141) WATIKAH KETUA KAMPUNG

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mengapakah terdapat sesetengah ketua kampung masih tidak menerima watikah?

    Negeri Selangor Darul Ehsan mempunyai sebanyak 371 buah Kampung Tradisi yang ditadbir oleh Ketua Kampung Tradisi yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

     

    Untuk makluman, Kerajaan Negeri amat menitikberatkan aspek kecekapan di dalam urusan pentadbiran Ketua Kampung Tradisi di Negeri Selangor. Oleh sebab yang demikian, satu garis panduan khusus berkaitan dasar, tatacara, peraturan mengenai pelantikan dan perkhidmatan Ketua Kampung Tradisi serta urusan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) diluluskan penggunaannya untuk menjadi panduan dan rujukan kepada mereka ketika mentadbir kampung.

    Selepas tamat tempoh percubaan 6 bulan tersebut, Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) yang berkenaan akan menilai prestasi ketua kampung yang telah dilantik dan mengemukakan laporan bertulis kepada Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi sebelum dibentangkan bersama – sama PDT berkaitan kepada Jawatankuasa Penilaian dan Tatatertib untuk penilaian, perakuan dan pengesahan.

    Pemberian Watikah ini adalah satu bentuk perakuan Kerajaan Negeri kepada Ketua Kampung yang berjaya melepasi tempoh percubaan 6 bulan dengan jayanya. Bagi yang belum menerima watikah tersebut, watikah tersebut akan diserahkan kepada mereka selepas dinilai dan diperakukan apabila tamat tempoh percubaan selama  6 bulan. Perlu dijelaskan di sini, bagi yang belum menerima watikah, mereka tidak perlu risau dan gusar kerana ianya tidak akan mengganggu tugasan hakiki sebagai Ketua Kampung mahupun menjejaskan elaun – elaun mereka yang berkaitan.

     

    Pada 24 April 2019 yang lalu, seramai 292 Ketua Kampung Tradisi yang telah melepasi penilaian dan tempoh percubaan telah menerima Watikah Pelantikan Ketua Kampung daripada YAB Dato’ Menteri Besar Selangor

Lampiran

Tiada Lampiran.