WI-FI PERCUMA
24) WI-FI PERCUMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk melaksanakan kemudahan wi-fi percuma di Selangor?
Kerajaan Negeri telah memperkenalkan dasar Ubiquitous Wireless Selangor (U-WiSEL) pada tahun 2009 iaitu untuk mewujudkan capaian internet secara tanpa wayar yang bersifat sejagat dan merata capaiannya di seluruh Negeri Selangor. Pada April 2010, Kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan fasa pertama WIFI percuma. Perancangan Kerajaan Negeri adalah untuk melancarkan lebih banyak lagi inisiatif WiFi sama ada daripada inisiatif kerajaan Negeri atau pelaburan pihak swasta (PFI) dan perancangan untuk melaksanakan wifi dengan pihak swasta telah diadakan iaitu melalui projek Hywin dengan kerjasama Syarikat Telekom Malaysia.
