Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

141) WIFI HOTSPOT

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah wifi hostpots tambahan yang telah dipasang untuk tahun 2015? Kerajaan Negeri telah membuat komitmen untuk memasang 2,500 hotspots di kawasan luar bandar untuk tahun 2015?

    Kerajaan Negeri melalui Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) akan melaksanakan 2,500 lokasi hotspot WiFi seperti yang dibentangkan pada sidang Belanjawan 2015. Pelaksanaan ini akan mengambil kira kawasan luar bandar, namun pada peringkat permulaan ini, sebanyak 300 lokasi hotspot wifi akan dilaksanakan di Pentadbiran Pejabat dan Penyelaras DUN, Pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Selangor serta Pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor bermula 1 April 2015

     

Lampiran

Tiada Lampiran.