Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

78) WIFI HOTSPOTS

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah hotspot wifi percuma yang telah dipasang dan berapakah yang masih beroperasi?

    Sejak program dilaksanakan pada tahun 2015, jumlah hotspot dan AP terpasang adalah sejumlah 3,692 unit. Daripada jumlah tersebut, 3,663 unit berada di dalam senarai aktif. Laporan ini berdasarkan laporan bulanan Februari-2020. Perbezaan jumlah tersebut termasuklah senarai AP dan hotspot yang dijajarkan semula atau telah ditamatkan perkhidmatannya disebabkan proses pengoptimuman dan pemantauan perkhidmatan.

Lampiran

Tiada Lampiran.