Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

38) WIFI PERCUMA

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Lee Chin Cheh

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah kawasan "hot spot" Wifi Percuma telah ditambah dalam tahun 2012?

    Sehingga kini bilangan hot spot WiFi yang telah bermula pada 2010 adalah sebanyak 118 lokasi. Ia meliputi keseluruhan Negeri Selangor baik di bandar mahupun di luar bandar kerana pada tahun 2012 Kerajaan Negeri Selangor baik di bandar mahupun di luar bandar kerana pada tahun 2012 Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak 2 lokasi setiap DUN. Kerajaan Negeri juga sedang dalam merancang untuk menambahkan lagi bilangan hot spot WiFi setiap DUN bagi meluaskan lagi kawasan liputan perkhidmatan WiFi percuma.

    Bahagian Teknologi Maklumat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Bahagian Teknologi Maklumat PBT adalah badan yang akan memantau perlaksanaan WiFi percuma ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.