Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

227) WIFI PERCUMA

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bilakah perlaksanaan capaian Wifi Percuma akan dilaksanakan 100% di Selangor? Apakah status terkini?

    Kerajaan Negeri melalui Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) sedang berusaha bagi memberikan perkhidmatan WiFi percuma ke seluruh Negeri Selangor dengan melaksanakan pertambahan sebanyak 2,500 hotspot. Pada peringkat permulaan ini 300 lokasi hotspot wifi akan dilaksanakan di Pentadbiran Pejabat dan Penyelaras DUN, Pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Selangor serta Pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor bermula 1 April 2015.

Lampiran

Tiada Lampiran.