Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

2) WIFI PERCUMA

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bilakah akan dilaksanakan WIFI percuma di seluruh Selangor?

    Sejak Kerajaan Negeri Selangor melaksanakan program WiFi percuma di seluruh Negeri Selangor pada tahun 2010. Penggunaannya amat menggalakkan ia bertambah dari masa ke semasa. Penambahan pengguna ini meningkat dengan mendadak apabila kerajaan negeri memperluaskan lagi sebanyak 112 lokasi WiFi di seluruh Negeri Selangor dengan menggunakan peruntukan Geran Selangorku. Jadual di bawah menunjukkan pertambahan penggunaan WiFi percuma di seluruh Negeri Selangor

Lampiran

Tiada Lampiran.